Monday, July 14, 2008

Perancangan Tahunan LDP SK Lebir 2008

Unit LDP sekolah bersama pihak pentadbir sekolah telah pun membuat beberapa perancangan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru dan kakitangan SK Lebir untuk tahun ini. Antara kursus-kursus yang dirancang adalah :

1) Kursus Peningkatan Profesionalisme untuk guru dan kakitangan SK Lebir
2) Kursus Peningkatan Bahasa Inggeris untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran PPSMI
3) Kursus Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Semua kursus dijadualkan berlangsung selepas peperiksaan UPSR dijalankan.

Sunday, April 27, 2008

Alhamdulillah...

Inilah 'post' pertama yang dibuat semasa kursus LDP dijalankan di Hotel Seri Malaysia, Marang, Terengganu. Akhirnya Unit LDP SK Lebir sudah berjaya membina sebuah laman blog sendiri.